SEJARAH AWAL PROF DR ALI BIN TALIB
Prof Dr Ali Bin Talib mempunya pengalaman yang begitu luas dalam bidang perubatan. Beliau mula menceburi bidang ini semenjak 18 tahun lalu ketika beliau bekerja di Klinik Kerajaan iaitu Pusat Kesihatan Kecil sg. Rengit sebagai Pembantu Perubatan.
Minat yang mendalam dalam bidang perubatan telah mendorong beliau untuk menimba ilmu dengan menyambung pelajaran di london selama 3 tahun. Dengan berkat kesungguhan beliau, akhirnya usaha itu telah membuahkan hasil.
Pada peringkat awalnya, Prof Dr Ali Bin Talib mengkaji kaedah perubatan yang dipelajarinya kepada diri dan keluarga beliau. Kaedah ini dinamakan 'Homeophaty' iaitu kaedah perubatan tanpa menggunakan bahan kimia. Tindakbalas kajian menunjukkan keputusan yang positif. Dengan itu beliau mengambil keputusan untuk mewujudkan pusat perubatan sendiri kerana beliau yakin dengan kaedah yang digunakan berdasarkan keputusan yang terhasil.
Beliau seorang pegawai perubatan yang penuh dedikasi memberi perkhidmatan kepada penduduk luar bandar tanpa mengira masa dan tenaga. Keistimewaan beliau dalam homeopati telah menjadi kepercayaan orang ramai mendapatkan rawatan dari beliau yang mana beliau mengesan penyakit berdasarkan dari sample darah pesakit untuk dibuat kajian dan ubat yang sesuai dengan keadaan pesakit. Keistimewaan dan kepercayaan ini telah memberikan beliau inspirasi untuk menubuhkan wad homeopati beliau sendiri di Sg Rengit, Pengerang. Satu-satunya wad homeopati yang terdapat di Malaysia setakat ini.
Dengan kelebihan dan kepercayaan ini, beliau telah mengeluarjkan beberapa produk homeopati sesuai untuk kegunaan semua pengguna yang mana tidak akan memberikan kesan sampingan apabila digunakan.