Sunday, December 20, 2009

Homeopati

'Homeo' - persamaan. 'Pati' - rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan perinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'
Perubatan Homeopati: Asal Usul Dan Kegunaannya 

PENDAHULUAN
Homeopati atau dalam bahasa Inggerisnya Homeopathy berasal daripada dua perkataan, iaitu "homoios" dan "pathos". Homoios bermaksud "serupa" atau "seumpama"; Sementara pathos membawa maksud "penderitaan", "penyakit" atau "perasaan". Dengan kata-kata lain, homeopati merupakan suatu kaedah ataupun sistem terapeutik yang memfokuskan kepada "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa" (Similia Similibus Curentur). 

KONSEP PERUBATAN HOMEOPATI
Konsep dan undang-undang fundamental homeopati telah bermula sejak zaman Hippocrates, iaitu pakar perubatan Greek yang hidup pada kurun ke-5SM. Menurut Hippocrates, beliau pernah berkata:
" By similar things, a disease is produced and through the application of the like, it is cured." (Mohd. Hatta Abu Bakar :3)

Dengan perkataan lain, menerusi benda yang serupa terhadap sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ia dapat disembuhkan. Konsep sedemikian juga dimaklumkan oleh Paracelsus, iaitu seorang ahli perubatan German pada abad ke-16M. Namun demikian, didapati bahawa Dr. Samuel Hahnemannlah yang merupakan orang pertama dalam mengasaskan konsep ini supaya menjadi suatu sistem perubatan yang saintifik dan juga sebagai suatu sistem perubatan alternatif kepada perubatan moden.